Monday, 25 May 2015

MaRI berSHoPPiNg bERsaMa sAyA.......

MArI-MarI JualAn HeBAt....


                             MinYak WaNGi SegAr.....


                                                                 Harga BerPaTuTaNNN!!!!!!!!

                                                                                     

            GerEnTI PuAs HatII...........




Calvin Klein

RM 50.00 sebotol



DunHiLL DesiRe

Sebotol RM 50.00



DKNY 

Sebotol RM 50.00


Flora By GuCci

Sebotol RM 50.00


DKNY Red DelicioUS

Sebotol RM 50.00

jika Beli 5 botol RM 210.00

JIMATTTT  RM 40.00..........




sesuai untuk dihadiah kepada teman Istimewa.......ibu bapa....rakan-rakan ....guru-guru.....

Jika BERminAt boleh menghubungi : 01131374872



CEPAT SEBELUM TERLAMBAT.....

ANDA GERENTI PUAS HATI.........



Wednesday, 20 May 2015

Artikel Berkaitan Usahawan

Artikel ini menceritakan tentang ciri-ciri usahawan yang berjaya. Setiap usahawan ini haruslah mempunyai sikap seperti ini jika ingin berjaya didalam dunia usahawan. Artikel ini diambil dari http://bforbiz.com/6-ciri-usahawan-berjaya/....dan ditulis oleh Wazeen Azizan. Semoga artikel ini dapat memberi tujuk ajar.....


Artikel 1

6 Ciri Usahawan Berjaya

1. Tidak Lupa Daratan

Usahawan yang berjaya adalah mereka dari golongan yang tidak lupa diri di mana mereka ketika belum berjaya dulu. ‘Down to earth’ adalah satu karakteristik yang sememangnya ada di kalangan usahawan yang berjaya. Mereka akan terus ingat bagaimana kehidupan mereka yang dahulu dan mereka akan teruskan dengan cara hidup yang bersederhana tanpa menjadi orang yang sombong dalam kehidupan ini.
Usahawan ini tahu bahawa orang lain tengok dengan duit yang mereka berjaya dapatkan, tetapi mereka tetap hidup seperti orang kebanyakan dan yakin dengan pemberian itu adalah daripada Allah dan perlu dikongsi kepada mereka yang memerlukan dengan bersedekah dan menderma.


2. Mempunyai Sifat Kejahilan

Mungkin anda terfikir, kejahilan hanyalah untuk sesuatu yang buruk sahaja tetapi sebenarnya usahawan yang berjaya ini mempunyai sifat kejahilan dari sudut pengalaman dan kurangnya dari segi penghakiman. Mereka keluar daripada dunia realiti dan menuju kepada impian dan angan-angan mereka. Di sinilah lahirnya genius dan usahawan yang hebat.
Kejahilan inilah memberikan usahawan ini keyakinan yang palsu di mana mereka tidak akan dapat lihat apa-apa yang mereka lakukan tetapi yang sebenarnya mereka telah berada pada jalan yang betul dan cerah untuk masa hadapan. Kebiasaannya, usahawan ini akan menghabiskan masa mereka dalam khayalan palsu mereka yang bersembunyi di sebalik akal fikiran di mana orang lain tidak pernah nampak perkara yang ada di sebalik khayalan usahawan ini.
Selagi masalah yang difikirkan dalam imaginasi mereka tidak dapat diselesaikan, usahawan ini sanggup meninggalkan keselesaan masa lapang mereka untuk menerokai pelbagai sudut perniagaan sebagai seorang usahawan.


3. Risiko Sentiasa Bersama Kejayaan Mereka

Sejak dari dulu sampai sekarang ni, saya sentiasa dengar tentang risiko untuk mereka yang ingin berniaga. Risiko sentiasa bermain-main disamping usahawan yang berjaya. Saya dapati ia adalah tepat. Usahawan yang genius dan juga berjaya akan selalu meletakkan mereka di dalam kedudukan di mana risiko itu wujud. Mereka perlukan kekuatan untuk berhadapan dengan risiko yang mendatang. Mereka tidak pernah mengaku kalah lebih awal apabila bertentang dengan risiko.
Dengan cara ini, mereka akan bekerja keras, tabah, konsisten, berusaha, dan ia didorong dengan impian palsu mereka yang tadi kerana mereka tahu risiko suka berkeliaran di samping mereka.


4. Kemahiran Yang Pelbagai

Usahawan yang berjaya kebiasaannya mempunyai pelbagai kemahiran. Mereka tidak percaya bahawa mereka hanya mahir dalam sesuatu perkara sahaja kerana mereka yakin bahawa untuk bermula, mereka sendiri perlu belajar pelbagai kemahiran dan segala-galanya mereka perlu buat sendiri di dalam perniagaan mereka kecuali jika mereka bermula dengan dengan modal yang besar dan mampu bayar gaji.


5. Ketua Yang Prihatin

Seorang usahawan yang berjaya adalah seorang ketua yang prihatin apabila mereka telah mempunyai empayar mereka sendiri. Mereka akan menjadi pemimpin yang prihatin dalam legasi mereka kerana mereka tahu, jika mereka tiada hati perut terhadap pekerjanya, dan pelanggannya tidak akan berjaya.


Perniagaan yang stabil dan konsisten akan menghasilkan pulangan yang terbaik dengan keperhatinan seorang pemimpin terhadap pekerja dan pelanggan mereka. Usahawan seperti inilah yang akan disanjung dan diingati oleh orang ramai.


6. Seorang Yang Unik dan Berbeza

Mereka ini adalah yang berbeza dan secara amnya mereka adalah seorang yang unik berbanding orang lain. Mereka meletakkan diri mereka di kelilingi oleh mereka yang berjaya dan berusaha ke arah kejayaan. Mereka sentiasa akan bekerja keras dan berusaha untuk memperbaiki diri hari ke hari.
Usahawan ini akan memberi tumpuan kepada sesuatu perkara yang mereka suka dan lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam membuat perkara yang mereka sangat suka.
Perbezaan adalah sesuatu yang bagus dan ia adalah unik dan dengan keunikan ini mereka membawa diri mereka kepada suatu kejayaan yang besar.
 

Artikel 2

7 Tips Menjadi Usahawan Muslim Cemerlang

Artikel ke 2 di ambil dari forumusahawanmuda.wordpress.com menerangkan tentang tips menjadi usahawan muslim yang cemerlang... Seperti yang kita tahu ekonomi di Malaysia banyak disumbang oleh kaum yang bukan islam...berikut adalah tips dan panduan untuk menjadi usahawan islam yang cemerlang.....


1) Keuntungan bukanlah menjadi matlamat utama.

Jadikanlah matlamat utama berniaga adalah untuk mencapai dan mendapatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Sekiranya berniaga dengan niat untuk mendapat keuntungan sahaja kita akan mudah terpesong dan melanggar prinsip perniagaan dalam Islam.  Perniagaan yang diberkati adalah perniagaan yang dijalankan secara jujur, telus dan menjadikan pelanggan itu seperti saudara sendiri.


2) Jujur dan Telus

Usahawan yang jujur akan mudah mendapat tempat di hati pembeli dan pelanggan. Justeru, hubungan yang baik antara pelanggan dan peniaga akan terbina sekiranya tiada unsur-unsur mengambil kesempatan dan mengambil untung yang melampaui batas ke atas pelanggan. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa akan di masukkan peniaga yang jujur dan telus itu ke dalam syurga bersama rasul-rasul Allah dan mereka yang beriman.


3) Terbuka dengan kritikan

Usahawan yang ingin berjaya tidak pernah takut dan memandang negatif ke atas setiap kritikan yang diberi oleh sesiapa sahaja terhadapnya mahupun produknya. Walaupun kenyataannya kritikan itu sesuatu yang amat pahit untuk ditelan namun ianya perlu dilihat daripada sudut pandangan yang positif agar dapat bertindakbalas dengannya dan memperbaiki keadaan. Sikap sebeginilah yang menujukkan anda seorang yang berani dalam melakukan perubahan dan pembaharuan demi memenuhi keperluan pengguna.


4) Utamakan kebersihan

Kebersihan dalam penghasilan produk pemakanan adalah amat dituntut di dalam Islam. Menjaga kebersihan bukan sahaja mengelakkan daripada mendatangkan kemudharatan tetapi menghadirkan perasaan selesa kepada pengguna itu sendiri. Apabila timbulnya perasaan selesa tersebut, hati pelanggan akan mudah terikat dengan produk yang dihasilkan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan.


5) Mempunyai impian dan matlamat yang tinggi

Walau dalam apa jua bidang yang diceburi kita perlulalah bercita-cita tinggi termasuklah juga dalam bidang usahawan ini. Usahlah takut untuk mencipta dan berimpian yang besar jika kita punya kemampuan dan keupayaan untuk mencapainya. Sebagai contohnya anda bermula dengan perniagaan warung yang kecil dan seterusnya mempunyai restoran yang sederhana besar, kemudian ingin membuka beberapa rangkaian di seluruh daerah dan seterusnya negeri. Bukan susah untuk merancang, tetapi  apa yang sukarnya ialah untuk melaksanakannya., namun anda masih punya pilihan samada untuk membiarkan sahaja impian itu berkubur kerana semangat anda yang lemah atau meneruskan dan menjadikannya satu kenyataan. Segala keputusan dan hasil adalah berada di tangan anda, namun yang penting jangan lupa untuk memanjatkan doa memohon pertolongan daripada Allah SWT.


6) Bekerjasama dengan saingan dalam pasaran yang sama

Mentaliti masyarakat melayu yang suka dengki, hasad dan ingin untung seorang ini haruslah di kikis dan dibuang terus. Kalau bukan kerana sikap ini mungkin tidak akan ada peniaga yang dibomohkan dan disantaukan oleh orang-orang tertentu yang tidak senang dengan kejayaan seseorang itu. Kita boleh mengambil contoh peniaga bukan Islam seperti bangsa cina contohnya. Mereka benar-benar tolong menolong sesama mereka dalam perniagaan. Seperti pengalaman seorang pelajar ini yang ingin membeli telefon bimbit di sebuah kedai di ibu kota, namun model yang diinginkan tiada di kedai tersebut, tetapi peniaga cina ini tidak membiarkan pelanggannya itu berlalu begitu sahaja sebaliknya membawanya ke kedai yang berhampiran untuk membantunya membuat pilihan di sana. Perkhidmatan ini sangat memuaskan hati pelajar tersebut. Bagaimanakah peniaga cina tersebut boleh melakukan sebegitu sedangkan dia tidak mendapat sebarang untung pun di situ, hebat sungguh cara berbisnes bangsa cina ini.

Perbuatan jatuh- menjatuhkan sesama peniaga juga tidak haruslah berlaku dalam perniagaan Islam, sebaliknya haruslah bergandingan memajukannya. Menubuhkan persatuan peniaga juga boleh dipertimbangkan sebagai medan perbincangan dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam perniagaan. Melaluinya juga para peniaga boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran dan juga pengalaman untuk mengembangkan lagi perniagaan.


7) Sesekali tidak menjual barangan haram

Ada sebilangan peniaga yang tidak menganggap penjualan barangan yang haram ini sebagai satu perkara yang harus dijauhi. Barangan yang haram ini bukanlah sahaja seperti yang kita maklum iaitu arak, daging babi atau yang bersangkutan dengannya tetapi barangan curi, barangan yang boleh memudaratkan seperti dadah dan sebagainya, barangan yang salah di sisi undang-undang seperti penjualan senjata api dan daging binatang liar tanpa lesen yang sah juga dikategorikan sebagai barangan haram. Perniagaan dalam Islam ini haruslah barangan dan perniagaan yang tidak melibatkan barang yang mutashabihat( ragu) daripada segi kandungan dan pembuatannya. Islam terlalu luas skopnya namun kenapa masih ada di antara kita yang masih ingin melibatkan dalam perkara syubhah begini.

Usahawan muslim perlulah mengambil langkah yang lebih tangkas dan cekap dalam memajukan bisnes yang melibatkan penghasilan makanan bagi umat Islam ini. Kandungan dan penjualan makanan umat Islam kini semakin tidak diambil peduli dan dipandang ringan oleh sesetengah pihak berwajib. Pengguna juga kurang mengambil berat apa yang dimakan mereka, tidak kira samaada makanan itu halal ataupun tidak, apa yang penting bagi mereka adalah sedap. Seharusnya kita sebagai umat Islam perlu menitik beratkan soal pemakanan ini sebab ia akan menjadi darah daging kita. Bantulah usahawan muslim untuk terus hidup dan maju dalam perusahaan mereka.  Wallahua’alam.


Artikel 3 

Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan

Artikel ini untuk membezakan tentang ahli perniagaan dan usahawan....usahawan dan ahli perniagaan adalah dua perkara yang berbeza...artikel ini di ambil dari oumganu.wordpress.com/2011/07/19/entrepreneurship-keusahawanan-versi-malaya......

a)       Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan

Ahli Peniagaan Kecil

Usahawan

Memulakan aktiviti pniagaan dgn tujuan utk mperoleh keuntungan utk menanggung keluarga

Memulakan perniagaan, mgambil alih kepimpinan & mgembangkan pniagaan (pelaburan) utk memenuhi impian sendiri & mcapai prestasi spt yg dikehendaki

Risiko yang rendah

Risiko yang sederhana

Menjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan oleh pasaran

Mengambil kira semua risiko. (produk atau usaha tersebut belum dibuat oleh org lain, maka segala risiko perlu di ambil kira)

 

b)       Perbezaan diantara  pengurus konvensional dan usahawan


Pengurus Konvensional

Usahawan

Sangat mgikut peraturan & pantang larang

Melihat peraturan hanya sebagai panduan

Sensitif thadap masa hadapan & sanggup menunda ganjaran

Konsep masa hadapan bgantung kpd keinginan peribadi & tidak mudah putus asa

Amat mlukan sambutan (penerimaan)

Mpunyai perasaan kearah mgawal, kejayaan & bt/jawab. Blh manipulasi & mpergunakan orang lain

Boleh mengenal pasti sebrg masalah yg dihadapi. Mbuat peranc dgn teliti

Tidak sabar dengan diskusi & teori. Lebih kpd tindakan & suka menurut kata hati.

Tuesday, 19 May 2015

Tan Sri Datuk (Dr) Haji Mustapha Kamal bin Haji Abu Bakar






Latar belakang


Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor. Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan sendiri. Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.
Berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian serta pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal, dalam menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan dengan merangka wawasan serta matlamat, pada masa yang sama, mencurahkan pengetahuan luas yang beliau miliki dalam industri kepada kakitangannya.
Tan Sri juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan antarabangsa. Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.
Pada 15 Mac 2004, Tan Sri telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.


Latar Belakang Perniagaan






TAN Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.
Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.
Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.
Beliau berjaya membawa status MKland selaku syarikat pengurusan Hartanah yg berjaya membangunkan kawasan-kawasan yg dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yg lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. MKland juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon.
Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MKland. Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah
Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad
Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya. Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.
Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.
Subsidiari dan syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad
BML Management Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan perkhidmatan penyelenggaraan harta.
Bukit Merah Resort Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel, tempat peranginan dan taman tema air.
Dominant Star Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.
Fairview Review Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Golden Precinct Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam penyewaan dan penyelenggaraan hartanah.
MK Land Resources Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah dan pelaburan.
MK Land Ventures Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.
MK Development Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.
Prominent Valley Berhad, subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi padang golf.
Pujaan Pastik Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel.
Segi Objective (M) Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, hotel, tempat peranginan dan taman tema air.
Sumbangan Berkat Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam menguruskan hotel.
Tema Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.
Vibrant Leisure Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Zaman Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Markins International (HK) Ltd., syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad dengan 14 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengedaran bahan makanan.
Melur Unggul Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah.

Anugerah

Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya, Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor; FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.
Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam Kategori ‘Master Enterpreneur’. Tan Sri adalah bapa mertua kepada En Vernon Azhar Edmett bin Bryan Allen Edmett, seorang pengarah dalam Syarikat.

SUMBER:wikipedia

Tan Sri Tony fernandes

Pada kali ini saya memilih Tan Sri Tony Fernandes. Beliau merupakan seorang pemilikan syarikat penerbangan murah. Idea dan konsep perniagaan beliau ini sangat unik dan mempunyai nilai-nilai kreatif dengan slogan 'EVERY ONE CAN FLY'........Beliau juga telah mempunyai kelab bola sepak inggeris yang bertaraf antarabangsa iaitu 'QUEEN PARKS RANGER....kejayaan beliau membuktikan orang Malaysia mampu berjaya bersaing pada pasaran antarabangsa....



Latar Belakang Tan Sri Tony FernandesKelahiran : 30 April 1964 (49 tahun) Kuala Lumpur , MalaysiaPekerjaan: Ketua pegawai eksekutif / Pengarah AirAsiaBerhad dan pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi QPR Holdings Ltd / Pengasas dan bekas Ketua Pasukan Caterham         
           

Tan Sri Anthony Francis Fernandes juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekasPerdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.



Kejayaan Tan Sri Tony Ferdandes
1987- Fernandez ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy Fernandes. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics, dia bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit.

1987-1989-  Dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.
1991- Ia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

1992-2001-  .Dia menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.

Pada Oktober, 2001 - Pelancaran AirAsia.Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. 

Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.

Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. 

Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.


SUMBER: wikipedia

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh



Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Kejayaan......

Saya memilih Datuk Wan Mohammad Sani Salleh kerana liku- liku perjalanan beliau dalam mengharungi cabaran sebelum bergelar seorang usahawan muda yang berjaya. Kejayaan beliau patut dicontohi serta menjadi teladan kepada anak muda pada masa kini. Sikap ingin mengubah nasib membuktikan semua manusia boleh mencapai kejayaan dengan usaha yang gigih serta semangat yang tanpa putus asa.


PENCAPAIAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN


Jejaka berusia 34 tahun berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Kolej Sunway ini merupakan antara usahawan merangkap artis yang paling berjaya dalam bidang perniagaan. Dianugerahkan Darjah Dato Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran dato pada 2009, beliau kini adalah pengarah urusan SANI United Sdn Bhd (SUSB). Sebelum ini Dato Sani Memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003 Dato Salleh menubuhkan SUSB dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama kemudian yang menyebabkan Dato Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja dan hanya pada 2006 barulah menyaksikan SANI Express berada di jalanraya dengan 6 buah bas. Kini setelah 7 tahun berlalu SUSB memiliki lebih 150 pekerja dan mempunyai bangunan 3 tingkat sendiri Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral.
Bercerita tentang khidmat yang disediakan, 25 buah bas 2 tingkat telah beroperasi yang di lengkapi teknologi keselamatan dari Sweden bernilai 40 juta yang dapat mengesan ketidakfungsian teknikal lebih awal. Kaunter tiket juga diliputi CCTV yang disambungkan dengan ibupejabat bagi melancarkan operasi. Ibu pajabat di Klang sentral juga memiliki pusat latihannya sendiri. Bagaimanapun SUSB tak lari dari krisis apabila kemalangan maut melibatkan bas syarikatnya yang menyebabkan kes ini disiasat oleh LPKP.
Figura ini sebenarnya merupakan seorang yang sangat bercita-cita sendiri dan ketika beliau mencapai satu tahap dimana beliau mula befikir bagaimanakah hidupnya jika terus berada di bidang seni dan hiburan yang benar-benar bergantung kepada bakat dan peminat. Oleh yang demikian, beliau telah mengubah arah tuju hidupnya dengan memulakan perniagaan perkhidmatan bas ekspres.
Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
Biasalah, dulu masa jadi artis memang saya main-main. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu. Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” adalah kata-kata figura hebat yang dipetik dari artikel hasil temuramah wartawan hiburan di Wisma Dato Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
Dalam artikel yang sama, dapat diteka yang artis ini sangatlah down to earth! Katanya, “saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik”. Dan disebabkan Dato Sani ini masih bujang (peluang hebat untuk artis-artis wanita di luar sana), beliau mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.
SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi. Menurut beliau, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan. Selain itu, beliau juga melibatkan diri dalam perniagaan perhotelan dan hartanah.


SUMBER:http://helentanhwateng.blogspot.com/